Thursday, July 31, 2008

Drama Bersiri Korea




Hmmm.. Lanie nak ceta pasal Drama Bersiri Korea yang dahpun saya tonton, beli dan miliki. Cerita2 dibawah nie adalah cerita 2 yang saya rasakan saya tak pernah rugi memilikinya dan sehingga kini menjadi koleksi kesayangan saya. Dalam erti kata lain... Jangan harap nak pinjam. Even ngan family sendiripun saya takkan bagi bawa pergi dari simpanan saya. Kalau nak gak tengok.. terpaksalah mereka tengok kat TV bilik saya.. Sayang oiii.. Takut rosak, takut calar dan yang paling takut sekali.... kalau hilang... Drama - drama kat bawah nie merupakan drama yang boleh saya tengok berulang - ulang kali tanpa ada istilah jemu. Drama2 nie juga mampu membuatkan saya berjaga malam and berjaya juga membuatkan saya berkurung dalam bilik sepanjang menontonnya... Kira tahap Amaran Merbahayalah gak coz mampu buat kita terlupa nak tido & makan. Nasib baik bab tanggung jawap yg satu tue.. Tanggungjawap pada-NYA tue saya tak lupa.. hehehehehe. Saya paling suka cerita - cerita yang kelakar. Kalau yang romantikpun mesti nak yang jenis komedi gak. Yang jiwang2 @ romantika diamo nie saya Tak berapa nak suka. Tapi adalah 4 Cerita yang bukan dari Genre Komedi @pun romantik komedi yang saya tetap suka... Nak Tahu cerita apa? Jom kita usha sama2. Kalau minat.. U allpun boleh beli gak.. Sure Takkan rasa rugi punya... hehehehe...


Full House


Lakonan Oleh
Rain (Jeong Ji Hoon) sebagai Lee Young Jae
Song Hye Kyo sebagai Han Ji Eun
Kim Sung Soo sebagai Yoo Min Heuk
Han Eun Jung sebagai Kang Hye Won

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
KBS

Wonderful Life


Lakonan Oleh
Eugene Kim sebagai Jung Se-jin
Kim Jae Won sebagai Han Seung-wan
Lee Ji Hoon sebagai Min Do-hyun
Han Eun Jung sebagai Lee Chae-young
Jeong Da Bin sebagai Han Shin-bi

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
MBC

Princess Hours / Goong


Lakonan

Yoon Eun Hye sebagai Puteri Lee Chae Gyung
Joo Ji Hoon sebagai Putera Lee Shin
Kim Jung Hoon sebagai Putera Lee Yul
Song Ji Hyo sebagai Min Hyorin

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
MBC

My Name Is Kim Sam Soon


Lakonan Oleh
Kim Sun Ah sebagai Kim Sam Soon
Hyun Bin sebagai Hyun Jin Hun
Jung Ryu Won sebagai Yoo Hee Jin
Daniel Henney sebagai Henry Kim

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
MBC

Yu Hee, The Witch


Lakonan Oleh
Han Ga In sebagai Ma Yu Hee
Jae Hee sebagai Chae Moo Ryong
Dennis Oh sebagai Jhonny Crooger
Kim Jung Hoon sebagai Yoo Joon Ha
Jeon Hye Bin sebagai Nam Sung Mi

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
SBS

Sassy Girl Chun Hyang


Lakonan Oleh
Jae Hee sebagai Lee Mong Ryong
Han Chae Young sebagai Sung Chun Hyang
Uhm Tae Won sebagai Byun Hak Do
Park Shi Eun sebagai Hong Chae Rin

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
KBS

Hello! My Lady / Hello! Miss


Lakonan Oleh
Lee Da Hae sebagai Lee Su Ha
Lee Ji Hoon sebagai Dong Kyu
Yoon Mi Joo sebagai Hwa Ran
Ha Suk Jin sebagai Chan Min

Genre
Romatic Comedy

Terbitan
KBS

Loving You


Lakonan Oleh
Park Yong-ha sebagai Lee Hyuk
Eugene Kim sebagai Jin Da-rae
Lee Yu Ri sebagai Cho Su-kyong
Lee Dong Wook sebagai Lee Min

Genre
Romantic Comedy & Drama

Terbitan
KBS

My Little Bride / Sweet 18


Lakonan Oleh

Han Ji Hye sebagai Yoon Jung Sook
Lee Dong Gun sebagai Kwon Hyuk Joon

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
KBS

Coffee Prince


Lakonan Oleh
Gong Yoo sebagai Choi Han Kyul
Yoon Eun Hye sebagai Go Eun Chan
Lee Seon Gyun sebagai Choi Han Seong
Chae Jung Ahn sebagai Han Yoo Joo

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
MBC

Miss Kim Million Dollar Quest


Lakonan Oleh
Kim Hyun Joo sebagai Kim Eun-Jae.
Ji Jin Hee sebagai Park Moo-Yul

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
SBS

My Girl


Lakonan Oleh
Lee Da-hae sebagai Ju Yoo-rin
Lee Dong-wook sebagai Seol Gong Chan
Park Si-yeon sebagai Kim Sae-hyun
Lee Jun-ki sebagai Seo Jeong-woo

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
SBS

My Sister in Law is 19


Lakonan Oleh
Late Jung Da Bin sebagai Han Yoo Min/Jung HeWon
Yoon Kye Sang sebagai Kang Seung Jae
Kim Jae Won sebagai Kang Min Jae
Kim Min Hee sebagai Choi Su ji

Genre
Romantic Comedy

Terbitan
SBS

Three Dads One Mom


Lakonan Oleh
Eugene Kim sebagai Song Na Yeong
Jo Hyun Jae sebagai Han Soo Hyeon
Jae Hee sebagai Choi Kwang Hee
Shin Sung Rok sebagai Na Hwang Kyeong Tae

Genre
Comedy

Terbitan
KBS

Save Your Last Dance With Me


Lakonan Oleh
Eugene Kim sebagai Eun-soo
Ji Sung sebagai Hyun-woo/Jan-ho
Lee Bo Young sebagai Soo-jin
Ryu Soo Young sebagai Tae-min

Genre
Romantic

Terbitan
SBS

Autumn In My Heart


Lakonan Oleh
Song Hye Kyo sebagai Yun/Choi Eun-suh
Won Bin sebagai Han Tae-suhk
Song Seung Hun sebagai Yun Joon-suh
Han Chae Young sebagai Choi/Yun Shin-ae

Genre
Romantic Drama (Sad Story)

Terbitan
KBS

All About Eve


Lakonan Oleh
Chae Rim sebagai Jin Sun-mi
Jang Dong Gun sebagai Yoon Hyong-cheol
Han Jae Suk sebagai Kim Woo-jin
Kim So Yeon sebagai Heo Young-mi
Kim Jung Eun sebagai Yoo Joo-hee

Genre
Romantic

Terbitan
MBC

Jewel In The Palace/ Dae Jang Geum


Lakonan Oleh
Lee Young Ae sebagai Suh Jang Geum
Hong Ri Na sebagai Choi Keum Young
Ji Jin Hee sebagai Min Jung Ho

Genre
Drama (Suka Tengok Dia Masak2)

Terbitan
MBC




Tuesday, July 15, 2008

Rahsia Personaliti Diri Di Sebalik Buah - buahan Kegemaran


Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Barnett, beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semula jadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini dikenali sebagai `Science of Fructology'. Menurut Dr. Barnett, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah- buahan. Seperti manusia, buah-buahan juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Setelah hampir dua dekad mengkaji mengenai kaedah ini, akhirnya Dr. Barnett dan ahli kumpulan saintisnya yang lain berjaya menemui kaedah kajian personaliti manusia menerusi buah-buahan ini.

7 Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia:-

Jenis Limau ~ Contohnya : Oren, Lemon, Limau Nipis dan Limau Barli.

Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.

Jenis Tropika ~ Contohnya : Pisang, Betik, Jambu, Kiwi dan Nanas.

Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

Jenis Buah Ladang ~ Contohnya : Epal dan Pear.

Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu. Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.

Jenis Tembikai ~ Contohnya : Tembikai dan Tembikai Susu.

Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.

Jenis Beri ~ Contohnya : Blackberi, Blueberi, Strawberi, Raspberi, Cranberi, Anggur dan Tomato.

Kamu gemarkan `party' dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.

Jenis Kekacang ~ Contohnya : Walnut, Hazel, Gajus dan Lain-lain.

Kamu ni `moody' lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubahtanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu. Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

Jenis Labu ~ Contohnya : Kundur.

Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Nota : Buah Kegemaran Saya Adalah Buah Epal Hijau. Bab yang lain tak boleh komen kebenarannya tapi kalau bab suka belajar tue mungkin ada kebenarannya.. Saya memang suka mempelajari Ilmu pengetahuan yang baru. Saya belajar bukan kerana wang (Utk kerja) tapi lebih kepada kepuasan diri.


HOW BAD IS YOUR TEMPER ACCORDING TO YOUR HOROSCOPE



CAPRICORN (DECEMBER 21 – JANUARY 19)

Few will believe that a hardcore practical and materialistic person like you is capable of sensitivity and genuine emotions. You project a hard exterior but are actually very sensitive, a trait you successfully hide from others. You can see thing with anger but will not betray your feelings. But then, there are times that even you cannot control your temper. Under such circumstances you can shout and scream, more with frustration at the situation than with anger at any particular person. Your outbursts can shock others and can make them feel guilty too.

AQUARIUS (JANUARY 20 – FEBRUARY 18)

You are noble and kind and dislike losing control over yur emotions. It is very rare for you to get angry. You are also the pacifier in situations that involve arguments. It is always your endeavour to be perfect and socially correct in your behaviour and attitude, but if misunderstood and slighted you can give in to an angry outburst. You will shout and scream and then walk out from the scene. You cannot easily forget the situation and will be bitter about it for a long time.

PISCES (FEBRUARY 19 – MARCH 20)

The only thing that can be said about you dreamers is that you appear even more attractive when angry. You are very sensitive to others’ feelings, so you rarely hurt them. But when others tend to hurt you, then things take a nasty turn. You will yell and use harsh words and feel inclined to shake everything and everyone up. Your creative imagination is at its best when angry, and you tend to get pretty dramatic. When upset, you refuse to listen to reason and wish to be left alone. But once you calm down, you repent your tantrums and seek forgiveness. SO nobody can be upset with you for too long.


ARIES (MARCH 21 – APRIL 20)

Nothing seems to ruffle you more than a lack of discipline, disloyalty and decorum. But Arians are also known to go into a rage very easily when challenged. Those of you who have been on the receiving end of the Aries temper know that if not calmed down they can even get violent. But one thing is certain if the opponent remains calm and does not react to their outburst, Arians cool down very fast. They are also the first to apologise, which makes them easier to forgive.


TAURUS (APRIL 21 – MAY 20)

You are generally quiet and have control over your emotions. It is difficult to predict what will upset you, so when you do lose your cool, people don’t know how to react. Your temper is like that of a raging bull, and anyone trying to pacify you will be the first one to get a verbal bashing. You generally get upset when you are concerned or when people accuse you of doing something wrong. You also hate being reminded about mistakes you’ve made in the past. You also have the potential to be terribly vindictive if rubbed the wrong way.

GEMINI (MAY 21 – June 29)

You are recognised by your cheerful disposition and your jovial nature is easily susceptible to anger. In fact, you are the best person to have around when there is an ugly scene at a party you can bring the warring factions together quite diplomatically. But when you lose cool, you yell and scream and will not listen to reason. You must have the last word in a wordy duel. Your capacity to argue aggressively is matched only by your seductive charm.


CANCER (JUNE 21 – JULY 21)

Considering how charming, caring and kind you are, you dislike unpleasant scenes, much less creating one yourself. You have great tolerance and rarely get provoked into losing your temper. If someone is unreasonable or trying to create trouble, you are more likely to walk away quietly. But that does not mean you do not have a temper. When angry, in your effort to control your emotions, you tremble, your hands get sweaty and sometimes you fumble for words. Tears roll down your eyes easily and the opponent is touched by your innocence and will seek an apology immediately.

LEO (JULY 22 – AUGUST 21)

If anyone has total control over their emotions, it is you. But then, you can be described as stiff, cold and uncaring. You are known to lack spontaneity but you really don’t care about opinions. You don’t like to create scenes and will never accept invitations to a party where you suspect the presence of an unruly lot. But your very presence seems challenging to some and they take vicarious pleasure in your disquiet. When angry you can use critical language. A dressingdown can humiliate your opponent, causing a strain between both of you forever.

VIRGO (AUGUST 22 – SEPTEMBER 21)

Most of you are gentle and have full control over your emotions but those of you given to temper tantrums can certainly get violent. When see things with rage, you yell and shout and tend to break things lying close at hand. You can even harm yourself by banging your hands on a glass top table or wall. You should never get into any argument, for you are a sore loser. You feel that others are trying to persecute you and don’t quite respect your opinions. When hurt, you can also hold grudges forever.

LIBRA (SEPTEMBER 22 – OCTOBER 22)

Did someone say that you are the charmers of the zodiac? Well, it’s true. Few have ever seen you ruffled or angry. You are very conscious of your image, and you believe that anger distorts your face and personality. You also think you are above things like anger. But wait before you get into self-congratulatory mood. Your family or those very close to you know you better. You have an unmatched temper amongst all the zodiac signs, and what makes it worse is your capacity to justify it.

SCORPIO (OCTOBER 23 – NOVEMBER 21)

Of course you don’t lose your cool. But your very demeanour (manner) projects hauhtiness (arrogance, pride), pride and grand disdain (disregard) for lesser mortals (human). Others are often found saying that anger sits on your nose and you are raring to give your piece mind to the first person who try to be funny with you. You are selective in the choice of your friends, and have a low tolerance for the superflous (extra) types. Your tongue-lashing (attack) is generally in a soft hissing tone for when you scream, your voice tends to get shrill and loud and you do hate drawing attention to yourself! When upset, you are angrier with yourself for having shown weakness, for the last thing that Scorpio wants to show is being out of control.

SAGITTARIUS (NOVEMBER 22 – DECEMBER 20)

You are insensible and generally have no complete control over your emotions. You do get angry quickly and others marvel at your anger levels even when provoked. Actually, you get tongue-tied when angry and you will remove your anger waiting for the other person to calm down. Then you will reason with your opponent and convince the other person in a very gentle manner that the whole thing was just his mistake. You’re also likely to totally sever ties with someone when you’re upset with them.





AL-QURAN : JAWAPAN SEMUA PERSOALAN

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... .dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Nota: Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada KEBENARAN ( HAQ ).

Wednesday, July 9, 2008

Teka Teki Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum wbt.
Untuk dikongsi bersama.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki )

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta merekamenjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekalididunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..




Diet Cara Rasulullah s.a.w


Assalamualaikum wbt...

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah m eng etahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
CARA MAKAN
  1. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya.... cubalah...............Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam m eng andung ion+ sedangkan dalam ikan m eng andung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur d eng an ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

  1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat m eng urangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Deng an bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam... Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Monday, July 7, 2008

Permata Tidak Akan Bersinar Jika Tidak Digilap


Samaada anda fikir anda boleh atau tidak melakukannya, anda pasti betul mengenainya.

Orang yang kita gauli mempengaruhi kita. Bergaul dengan orang yang suka mengkritik, kita belajar untuk mengkritik. Bergaul dengan orang yang gembira, kita belajar untuk menjadi gembira. Bergaul dengan orang yang bersemangat, kita menjadi orang yang bersemangat.

Jika benar – benar anda ingin mengubah sikap anda, maka ubahlah apa yang ada di sekeliling anda. Ia mungkin sukar dan anda mungkin akan menyinggung perasaan orang lain, tetapi itulah kehidupan anda dan anda perlulah berani menghadapinya.

Kerana apabila kita mencuba, kita melangkah setapak di suatu tempat yang tidak kita ketahui dan kita tidak pasti tentang keputusannya. Tetapi jika kita tidak mencubanya, kita tidak akan menemui kejayaan. Walau bagaimanapun, jika kita gagal kita boleh selalu menjadikan kesilapan kita sebagai pengalaman dan sebagai jalan untuk mencari peluang yang lain.

Anda mungkin terkejut betapa orang sekeliling bersedia untuk membantu anda apabila mereka melihat anda sentiasa membantu diri anda atau melakukan sesuatu. Adakah kita malu atau terlalu bangga untuk meminta bantuan? Kita harus cukup sopan untuk menerimanya.

Permata tidak akan bersinar jika tidak digilap, demikian juga seseorang itu tidak akan sempurna tanpa dugaan.