Monday, July 7, 2008

Permata Tidak Akan Bersinar Jika Tidak Digilap


Samaada anda fikir anda boleh atau tidak melakukannya, anda pasti betul mengenainya.

Orang yang kita gauli mempengaruhi kita. Bergaul dengan orang yang suka mengkritik, kita belajar untuk mengkritik. Bergaul dengan orang yang gembira, kita belajar untuk menjadi gembira. Bergaul dengan orang yang bersemangat, kita menjadi orang yang bersemangat.

Jika benar – benar anda ingin mengubah sikap anda, maka ubahlah apa yang ada di sekeliling anda. Ia mungkin sukar dan anda mungkin akan menyinggung perasaan orang lain, tetapi itulah kehidupan anda dan anda perlulah berani menghadapinya.

Kerana apabila kita mencuba, kita melangkah setapak di suatu tempat yang tidak kita ketahui dan kita tidak pasti tentang keputusannya. Tetapi jika kita tidak mencubanya, kita tidak akan menemui kejayaan. Walau bagaimanapun, jika kita gagal kita boleh selalu menjadikan kesilapan kita sebagai pengalaman dan sebagai jalan untuk mencari peluang yang lain.

Anda mungkin terkejut betapa orang sekeliling bersedia untuk membantu anda apabila mereka melihat anda sentiasa membantu diri anda atau melakukan sesuatu. Adakah kita malu atau terlalu bangga untuk meminta bantuan? Kita harus cukup sopan untuk menerimanya.

Permata tidak akan bersinar jika tidak digilap, demikian juga seseorang itu tidak akan sempurna tanpa dugaan.

No comments: